Tuesday, May 28, 2013

IKLAN JAWATAN PENSYARAH E-LEARNING SAMBILAN DAN TUTOR SAMBILAN BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU, MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk memohon jawatan
sebagai tenaga pengajar sambilan bagi Program Pensiswazahan Guru, Mod Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
untuk maklumat lanjut sila KLIK DI SINI
untuk muat turun borang, sila KLIK DI SINI

Thursday, February 21, 2013

Baucar Buku 1 Malaysia



Pusat Program Luar dengan kerjasama Jabatan Bendahari, Universiti Pendidikan Sultan idris, akan membuka kaunter2 edaran Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) di Pusat Pembelajaran seluruh malaysia. Anda boleh mendapatkan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dengan menghadirkan diri ke lokasi mengikut tarikh dan masa seperti berikut;

BIL
NEGERI
PUSAT PEMBELAJARAN PJJ
TARIKH

1.
Johor
Kolej Islam Johor
9 – 10 Mac 2013
  Kolej Kemahiran Tinggi Mara Seri Gading
9 – 10 Mac 2013
2.
Melaka
Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar
9 – 10 Mac 2013
3.
Negeri Sembilan
Kolej Mara Seremban
9 – 10 Mac 2013
4.
Pahang

Kolej PSDC (Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang)
Kawasan Perindustrian Semambu
25350 Kuantan.
9 – 10 Mac 2013
5.
Pulau Pinang
Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM)
9 – 10 Mac 2013
6.
Sarawak
Malaysian Productivity Malaysia
9 – 10 Mac 2013
7.
Sabah
City Campus (Kolej Yayasan Sabah) Sembulan
9 – 10 Mac 2013
Maktab Rendah Sains Mara Tawau
9 – 10 Mac 2013
8.
Terengganu
SMK.Dato' Razali Ismail
8 – 9 Mac 2013
9.
Kelantan
Politeknik Kota Bharu
8 – 9 Mac 2013
10.
Perlis
Kedah
Institut Kemahiran Mara Beseri
8 – 9 Mac 2013
11
UPSI

Ruang Legar Dewan Kuliah Pusat (DKP),
Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
2 & 3 Mac 2013
atau
9 & 10 Mac 2013
*Sila bawa bersama KAD PENGENALAN & KAD PELAJAR. 

*Pelajar hendaklah datang sendiri untuk menuntut baucar, wakil tidak dibenarkan.

*sekiranya tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, pelajar perlu hadir ke PUSAT PROGRAM LUAR, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS untuk menuntut BB1M kerana baucar ini tidak boleh dipos.

Saturday, February 9, 2013

Semester 5 Sudah


Selamat menempuh kembali pengajian kita seterusnya di Semester 5. Segala cabaran harus diteruskan demi mengapai segulung ijazah.... Chewah...

Sunday, September 9, 2012

MAKLUMAT BERKAITAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN

TAKWIM AKADEMIK, JADUAL KULIAH DAN JADUAL P&P,
DIMOHON KEPADA SEMUA PELAJAR UNTUK MERUJUK KEPADA
WEBSITE PUSAT PROGRAM LUAR,  
PORTAL MYGURU3 HANYA AKAN MEMAPARKAN MAKLUMAT BERKAITAN
e-PEMBELAJARAN.
JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN / ADUAN
SILA KEMUKAKAN KEPADA aduanpjj@gmail.com
ATAU HUBUNGI 05-4506199

SEKIAN HARAP MAKLUM. 

Saturday, July 28, 2012

PENGUMUMAN RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012 BAGI PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PGG) (PJJ)

KEPADA SEMUA PELAJAR TERSEBUT DI ATAS YANG INGIN MEMBUAT RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN MARKAH PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012, BOLEHLAH MEMBUAT PERMOHONAN KE UNIT PEPERIKSAAN, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK MULAI 10 JULAI 2012 HINGGA 17 JULAI 2012.

BAYARAN RM 25.00 DIKENAKAN BAGI SATU KURSUS. BAYARAN INI PERLU DIBANK-IN KE DALAM NOMBOR AKAUN BIMB 08068010023133 DI ATAS NAMA BENDAHARI UPSI.

PEMOHON DIKEHENDAKI MENGISI BORANG PERMOHONAN YANG DISEDIAKAN DI UNIT PEPERIKSAAN, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK ATAU DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BERKENAAN DI ATAS. PEMOHON HENDAKLAH MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI, SALINAN SLIP PEMBAYARAN BANK DAN SALINAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE SECARA FAKS DI TALIAN 05-4582670 ATAU SECARA POS KE ALAMAT SEPERTI DI BAWAH;

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN AKADEMIK
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK
(U.P. : UNIT PENGAJIAN JARAK JAUH)

BAGI PELAJAR PPG-PJJ, PERMOHONAN HANYA DIBUKA UNTUK KURSUS YANG MEMPUNYAI PEPERIKSAAN AKHIR SAHAJA (KOMPONEN PEPERIKSAAN AKHIR SAHAJA YANG BOLEH DISEMAK).

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Unit Peperiksaan
05-4506321/6970

Thursday, February 23, 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR AMBILAN MAC 2011 DAN AMBILAN SEPTEMBER 2011

Pembayaran modul di semua cawangan Bank Islam boleh dibuat mulai 3 Mac 2012.

Harga modul adalah seperti berikut :
  • Sek. Rendah (AT34J)       
    • - RM 50.00
  • Sek. Menengah (AT05J)  
    • - RM 40.00 
  • Sek. Menengah (AT31J)  
    • - RM40.00 
    •  
Contoh slip pembayaran menggunakan bank islam boleh rujuk di artikel ini http://ppgpjjupsi.blogspot.com/2011/09/slip-pembayaran-module-di-bank-islam.html

Sunday, February 19, 2012

Pengumuman Khas Pelajar PJJ

  • Pusat pembelajaran ditetapkan mengikut negeri seperti berikut :
PUSAT WILAYAH

BIL NEGERI TEMPAT
1 Perak / Selangor / Kuala Lumpur Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim,
Perak 
2 Perlis / Kedah Institut Kemahiran Mara (IKM)
KM 14 Jalan Kaki Bukit,
02400 Beseri,
Perlis
3 Pulau Pinang Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM)
Lot 201, Jalan Kerian-Kedah,
14200 Sungai Jawi, Seberang Selatan,
Pulau Pinang
4 Melaka Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar
77100 Jasin, Melaka
5 Negeri Sembilan Kolej Mara Seremban
Jalan Aminuddin Baki,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
6 Pahang Kolej Profesional Mara Indera Mahkota
Jalan Sungai Lembing,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang
7 Kelantan Politeknik Kota Bahru
KM 24, Kok Lanas,
16450 Ketereh
8 Terengganu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu
9 Johor Kolej Islam Johor
Jalan Ahad,
Kg. Ungku Mohsin,
80350 Johor Bahru,
Johor
10 Johor Kolej Kemahiran Tinggi Mara Seri Gading
Jalan Keluang Batu 11, Parit Raja,
Karung Berkunci 106,
86400 Batu Pahat,
Johor
11 Sabah City Campus (Kolej Yayasan Sabah) Sembulan
Jalan Ibu Pejabat JKR,
Off Jalan Mat Salleh,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah
12 Sabah Maktab Rendah Sains Mara Tawau
Peti Surat 61275,
91022 Tawau,
Sabah
13 Sarawak Malaysian Productivity Malaysia
MPC (Malaysian Productivity Malaysia)
Lot 894, Lorong Demak Laut 3A,
Taman Perindustrian, Demak Laut,
93050 Kuching,
Sarawak
  • Tarikh tutorial sekolah rendah dan menengah mengikut kohort :
              Kohort 1 (K1)
              Kohort 2 (K2)
              Kohort 3 (K3)
  • Kehadiran adalah WAJIB bagi setiap pelajar PJJ bagi semua kursus (iaitu bagi semua Kohort :
              Kohort 1 (K1)
              Kohort 2 (K2)
              Kohort 3 (K3)
  • Kehadiran adalah mengikut kumpulan E-Learning yang telah ditetapkan. Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat tutorial ( Pusat Pembelajaran )
Jadual Tutorial Sekolah Rendah & Menengah Kohort 2 Semester 2 PPG PJJ Semester 2 Sesi 2012 / 2013 (Feb - Julai 2012 )

Wednesday, October 26, 2011

Terkini - Penghantaran Tugasan

Salam dan Salam Sejahtera, 
  •  Penyelaras kursus ini telah menetapkan tarikh akhir menghantar tugasan ialah pada 15 Disember 2011. Justeru saya akan meminda tarikh akhir penghantaran tugasan dalam tapak yang telah saya sediakan daripada 31 Disember 2011 ke 15 Disember 2011.
  • Ada 3 komponen tugasan:
    a) Rakaman mikropengajaran (CD)(10%) dan refleksi mikro (10%)
    b) Rakaman makropengajaran (CD)(20%), RPH (10%)dan refleksi makro (10%)
    c) Laporan Kajian Tindakan (20%) 

  • Cara penghantaran:
  • Refleksi mikro, refleksi makro, RPH dan laporan kajian tindakan hantar ke tapak penghantaran tugasan yang telah saya sediakan.
  • CD rakaman mikro dan makro perlu dipos/kurier ke alamat yang telah saya berikan dalam pengumuman terdahulu. Untuk mikro   pengajaran perlu nyatakan/tulis pada CD jenis kemahiran yang dilaksanakan. 
  • Untuk backup, bolehlah poskan semua tugasan dan susun mengikut panduan yang telah diberikan dalam Panduan Kerja Kursus, termasuk mencetak jawapan kepada 5 soalan dalam forum.
  • Adalah dinasihatkan agar rakaman mikro pengajaran dan makro pengajaran serta RPH dipos/kurier terlebih dahulu sekiranya tugasan lain masih belum siap. Ini kerana tugasan lain saya boleh rujuk di tapak penghantaran tugasan.
    Hubungi sekiranya ada masalah. 

Sekian. 
Dr. Baharuddin Jabar
013-5287646

Friday, October 21, 2011

Proses Rakaman Pengajaran Mikro & Makro


  • Harap anda dalam proses merakamkan pengajaran mikro dan makro anda. Pastikan anda lakukan ini sebelum cuti sekolah. 
  • CD rakaman mikro pengajaran, RPH makro pengajaran dan rakaman makro pengajaran perlu dihantar secara pos/kurier ke alamat berikut: (RPH untuk makro pengajaran juga perlu dihantar secara online ke tapak tugasan yang telah disediakan)
Dr. Baharuddin bin Jabar,
No. 18, Jalan Permai 2A,
Taman Ketoyong Permai,
35900 Tg. Malim, Perak   

Boleh hubungi kalau ada masalah.
Dr. Baharuddin Jabar
013-5287646

Wednesday, October 12, 2011

Makluman Dari Pensyarah KPF 3012

Friday, October 07, 2011  - Permanent
TUGASAN DAN FORUM
MOHON AMBIL PERHATIAN SILA MULA MENGIKUTI KURSUS DAN MEMULAKAN FORUM YANG DISEDIAKAN
 Posted by : AZIZHJ Abdul Aziz bin Abdul Shukor

Saturday, October 8, 2011

How to create a blog

Salam...
Nampaknya ramai yang sudah menjinak-jinakkan diri untuk membina blog. Untuk itu, pelbagai cara untuk mendapatkan bimbingan selain dari perkhidmatan tutor yang disediakan di pusat wilayah PJJ masing-masing, di antaranya: 

  • Dr. Zamzuri turut menyumbang modul yang disediakan oleh pelajar2 beliau. 
    • Terima kasih Dr. Zam ;)
Selamat mencuba...

 Posted by : MAIZATUL Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
 Sat, Oct 08, 11

Tips: Tugasan Forum

Thursday, September 29, 2011
Posted By : Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
Attachment :

Dalam tugasan Forum, anda tidak semestinya membuka topik baharu (Add New Topic). Anda boleh juga membalas/membincangkan topik rakan anda. Perbincangan beramai-ramai lebih bagus supaya kita dapat bertukar-tukar pandangan. Itulah dia peranan forum sebenarnya. Tapi ingat, jangan lupa adab berforum..Apa yang penting, KERJASAMA... 

Tuesday, October 4, 2011

Cara Buat Link Blok Ke Dalam Forum Myguru

LANGKAH 1

 SEPERTI BIASA MASUK DULU DALAM FORUM MYGURU.


LANGKAH 2


LANGKAH 3


LANGKAH 4


TAHNIAH! Anda sebenarnya telah berjaya melakukan link blog anda ke dalam forum myguru...

Kemaskini maklumat sekolah di MyUPSI portal

Wednesday, October 05, 2011
Posted By : Murni Binti Ibrahim
Attachment :

Pelajar dikehendaki mengemaskini alamat sekolah di dalam MyUPSI portal dalam kadar segera.

Berikut dinyatakan langkah-langkah mengemaskini:
 
  • 1.Log masuk ke dalam MyUPSI portal
  • 2.Klik Akademik
  • 3.Pilih pautan Student Info 2
  • 4.Klik butang 'Edit'
  • 5. kemaskini maklumat dan setelah selesai klik butang 'Save'

Monday, October 3, 2011

Panduan Membina Blog

Tips: Tugasan Blog 
Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah dalam pembinaan blog serta mempunyai kelapangan pada tarikh Tutorial kedua dijalankan (15 atau 16 okt mengikut Pusat Wilayah PJJ masing) , bolehlah berjumpa dengan tutor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat. 
  • Anda juga boleh muat turun Modul Pembinaan Blog yang disediakan oleh Pusat ICT di sini .
  • Selain dari itu, terdapat banyak video berkaitan dengan pembinaan blog menggunakan blogger.
Sekiranya anda perlukan maklumbalas terhadap rekaan dan pembinaan blog anda, sila:
  • masukkan link blog yang dibina ke dalam group foum kumpulan anda
  • private message pensyarah anda untuk dapatkan perhatian pensyarah.
Saya pasti, pensyarah anda akan menyemak hasil kerja anda dan memberikan pandangan beliau.
Selamat mencuba..
 Posted by : MAIZATUL Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
 Thu, Sep 29, 11

Saturday, October 1, 2011

PANDUAN PENGGUNAAN PUSTAKA PORTAL DAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

PANDUAN PENGGUNAAN PUSTAKA PORTAL DAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
Written by Administrator   
Monday, 26 September 2011 01:16
Sila klik link ini untuk maklumat lanjut.

Wednesday, September 21, 2011

Prosedur Untuk Mencetak Keputusan Peperiksaan Semester 1

LANGKAH 1 :


LANGKAH 2 :
LANGKAH 3 :

ANDA SUDAH BOLEH MEMPEROLEHI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1!