Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

PENGUMUMAN RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012 BAGI PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PGG) (PJJ)

KEPADA SEMUA PELAJAR TERSEBUT DI ATAS YANG INGIN MEMBUAT RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN MARKAH PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2011/2012, BOLEHLAH MEMBUAT PERMOHONAN KE UNIT PEPERIKSAAN, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK MULAI 10 JULAI 2012 HINGGA 17 JULAI 2012.

BAYARAN RM 25.00 DIKENAKAN BAGI SATU KURSUS. BAYARAN INI PERLU DIBANK-IN KE DALAM NOMBOR AKAUN BIMB 08068010023133 DI ATAS NAMA BENDAHARI UPSI.

PEMOHON DIKEHENDAKI MENGISI BORANG PERMOHONAN YANG DISEDIAKAN DI UNIT PEPERIKSAAN, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK ATAU DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BERKENAAN DI ATAS. PEMOHON HENDAKLAH MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI, SALINAN SLIP PEMBAYARAN BANK DAN SALINAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE SECARA FAKS DI TALIAN 05-4582670 ATAU SECARA POS KE ALAMAT SEPERTI DI BAWAH;

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN AKADEMIK
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK
(U.P. : UNIT PENGAJIAN JARAK JAUH)

BAGI PELAJAR PPG-PJJ, PERMOHONAN HANYA DIBUKA UNTUK KURSUS YANG MEMPUNYAI PEPERIKSAAN AKHIR SAHAJA (KOMPONEN PEPERIKSAAN AKHIR SAHAJA YANG BOLEH DISEMAK).

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Unit Peperiksaan
05-4506321/6970

Wednesday, October 26, 2011

Terkini - Penghantaran Tugasan

Salam dan Salam Sejahtera, 
  •  Penyelaras kursus ini telah menetapkan tarikh akhir menghantar tugasan ialah pada 15 Disember 2011. Justeru saya akan meminda tarikh akhir penghantaran tugasan dalam tapak yang telah saya sediakan daripada 31 Disember 2011 ke 15 Disember 2011.
  • Ada 3 komponen tugasan:
    a) Rakaman mikropengajaran (CD)(10%) dan refleksi mikro (10%)
    b) Rakaman makropengajaran (CD)(20%), RPH (10%)dan refleksi makro (10%)
    c) Laporan Kajian Tindakan (20%) 

  • Cara penghantaran:
  • Refleksi mikro, refleksi makro, RPH dan laporan kajian tindakan hantar ke tapak penghantaran tugasan yang telah saya sediakan.
  • CD rakaman mikro dan makro perlu dipos/kurier ke alamat yang telah saya berikan dalam pengumuman terdahulu. Untuk mikro   pengajaran perlu nyatakan/tulis pada CD jenis kemahiran yang dilaksanakan. 
  • Untuk backup, bolehlah poskan semua tugasan dan susun mengikut panduan yang telah diberikan dalam Panduan Kerja Kursus, termasuk mencetak jawapan kepada 5 soalan dalam forum.
  • Adalah dinasihatkan agar rakaman mikro pengajaran dan makro pengajaran serta RPH dipos/kurier terlebih dahulu sekiranya tugasan lain masih belum siap. Ini kerana tugasan lain saya boleh rujuk di tapak penghantaran tugasan.
    Hubungi sekiranya ada masalah. 

Sekian. 
Dr. Baharuddin Jabar
013-5287646

Friday, October 21, 2011

Proses Rakaman Pengajaran Mikro & Makro


  • Harap anda dalam proses merakamkan pengajaran mikro dan makro anda. Pastikan anda lakukan ini sebelum cuti sekolah. 
  • CD rakaman mikro pengajaran, RPH makro pengajaran dan rakaman makro pengajaran perlu dihantar secara pos/kurier ke alamat berikut: (RPH untuk makro pengajaran juga perlu dihantar secara online ke tapak tugasan yang telah disediakan)
Dr. Baharuddin bin Jabar,
No. 18, Jalan Permai 2A,
Taman Ketoyong Permai,
35900 Tg. Malim, Perak   

Boleh hubungi kalau ada masalah.
Dr. Baharuddin Jabar
013-5287646

Wednesday, October 12, 2011

Makluman Dari Pensyarah KPF 3012

Friday, October 07, 2011  - Permanent
TUGASAN DAN FORUM
MOHON AMBIL PERHATIAN SILA MULA MENGIKUTI KURSUS DAN MEMULAKAN FORUM YANG DISEDIAKAN
 Posted by : AZIZHJ Abdul Aziz bin Abdul Shukor

Saturday, October 8, 2011

How to create a blog

Salam...
Nampaknya ramai yang sudah menjinak-jinakkan diri untuk membina blog. Untuk itu, pelbagai cara untuk mendapatkan bimbingan selain dari perkhidmatan tutor yang disediakan di pusat wilayah PJJ masing-masing, di antaranya: 

  • Dr. Zamzuri turut menyumbang modul yang disediakan oleh pelajar2 beliau. 
    • Terima kasih Dr. Zam ;)
Selamat mencuba...

 Posted by : MAIZATUL Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
 Sat, Oct 08, 11

Tips: Tugasan Forum

Thursday, September 29, 2011
Posted By : Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
Attachment :

Dalam tugasan Forum, anda tidak semestinya membuka topik baharu (Add New Topic). Anda boleh juga membalas/membincangkan topik rakan anda. Perbincangan beramai-ramai lebih bagus supaya kita dapat bertukar-tukar pandangan. Itulah dia peranan forum sebenarnya. Tapi ingat, jangan lupa adab berforum..Apa yang penting, KERJASAMA... 

Tuesday, October 4, 2011

Kemaskini maklumat sekolah di MyUPSI portal

Wednesday, October 05, 2011
Posted By : Murni Binti Ibrahim
Attachment :

Pelajar dikehendaki mengemaskini alamat sekolah di dalam MyUPSI portal dalam kadar segera.

Berikut dinyatakan langkah-langkah mengemaskini:
 
  • 1.Log masuk ke dalam MyUPSI portal
  • 2.Klik Akademik
  • 3.Pilih pautan Student Info 2
  • 4.Klik butang 'Edit'
  • 5. kemaskini maklumat dan setelah selesai klik butang 'Save'

Monday, October 3, 2011

Panduan Membina Blog

Tips: Tugasan Blog 
Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah dalam pembinaan blog serta mempunyai kelapangan pada tarikh Tutorial kedua dijalankan (15 atau 16 okt mengikut Pusat Wilayah PJJ masing) , bolehlah berjumpa dengan tutor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat. 
  • Anda juga boleh muat turun Modul Pembinaan Blog yang disediakan oleh Pusat ICT di sini .
  • Selain dari itu, terdapat banyak video berkaitan dengan pembinaan blog menggunakan blogger.
Sekiranya anda perlukan maklumbalas terhadap rekaan dan pembinaan blog anda, sila:
  • masukkan link blog yang dibina ke dalam group foum kumpulan anda
  • private message pensyarah anda untuk dapatkan perhatian pensyarah.
Saya pasti, pensyarah anda akan menyemak hasil kerja anda dan memberikan pandangan beliau.
Selamat mencuba..
 Posted by : MAIZATUL Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
 Thu, Sep 29, 11

Saturday, October 1, 2011

PANDUAN PENGGUNAAN PUSTAKA PORTAL DAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

PANDUAN PENGGUNAAN PUSTAKA PORTAL DAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
Written by Administrator   
Monday, 26 September 2011 01:16
Sila klik link ini untuk maklumat lanjut.

Saturday, September 17, 2011

Group EL Semester 2 Sudah Terbit!

Prosedur untuk melihat EL anda :
  1. LOG IN MYUPSI PORTAL
  2. ACADEMIC>
  3. REGISTERED COURSE
  4. SEM 1 SESI 2011/2011
  5. LIHAT PADA SUBJEK..

Friday, September 9, 2011

Proses Pendaftaran Semester 2

Bertemu kemabli kita diruangan maya untuk meneruskan pengajian semester seterusnya. Anda diingatkan supaya membuat pendaftaran semester mulai 07hb. September 2011 bagi melancarkan urusan pengajian member semua. 
Selamat bertandang dan berhubung ke blog yang tak seberapa ini untuk semester yang akan datang yang mana kita mulakan pengajian mulai 12hb. September 2011. 

Berikut disediakan bantuan untuk melaksanakan proses pendaftaran semester.

PENGUMUMAN PENTING BERKAITAN PEMBAYARAN MODUL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PJJ AMBILAN MAC 2011
SILA BUAT PEMBAYARAN UNTUK MODUL DI BANK ISLAM YANG BERDEKATAN. TARIKH AKHIR PEMBAYARAN ADALAH PADA 13 SEPTEMBER 2011. MOHON RUJUK LINK UNTUK CARA PEMBAYARAN.
LINK ADALAH SEPERTI BERIKUT :
 
 
UNTUK PENGETAHUAN, PELAJAR YANG TIDAK MEMBAYAR MODUL TIDAK BOLEH MENCAPAI KURSUS DALAM SISTEM MyGuru2.
SEKIAN, TERIMA KASIH. 
 
ARAHAN
PUSAT PENGAJIAN LUAR (PPL)