Wednesday, October 26, 2011

Terkini - Penghantaran Tugasan

Salam dan Salam Sejahtera, 
  •  Penyelaras kursus ini telah menetapkan tarikh akhir menghantar tugasan ialah pada 15 Disember 2011. Justeru saya akan meminda tarikh akhir penghantaran tugasan dalam tapak yang telah saya sediakan daripada 31 Disember 2011 ke 15 Disember 2011.
  • Ada 3 komponen tugasan:
    a) Rakaman mikropengajaran (CD)(10%) dan refleksi mikro (10%)
    b) Rakaman makropengajaran (CD)(20%), RPH (10%)dan refleksi makro (10%)
    c) Laporan Kajian Tindakan (20%) 

  • Cara penghantaran:
  • Refleksi mikro, refleksi makro, RPH dan laporan kajian tindakan hantar ke tapak penghantaran tugasan yang telah saya sediakan.
  • CD rakaman mikro dan makro perlu dipos/kurier ke alamat yang telah saya berikan dalam pengumuman terdahulu. Untuk mikro   pengajaran perlu nyatakan/tulis pada CD jenis kemahiran yang dilaksanakan. 
  • Untuk backup, bolehlah poskan semua tugasan dan susun mengikut panduan yang telah diberikan dalam Panduan Kerja Kursus, termasuk mencetak jawapan kepada 5 soalan dalam forum.
  • Adalah dinasihatkan agar rakaman mikro pengajaran dan makro pengajaran serta RPH dipos/kurier terlebih dahulu sekiranya tugasan lain masih belum siap. Ini kerana tugasan lain saya boleh rujuk di tapak penghantaran tugasan.
    Hubungi sekiranya ada masalah. 

Sekian. 
Dr. Baharuddin Jabar
013-5287646

1 comment: